11 June 2012

Stress

Stress akan menyebabkan lelaki dan wanita mengalami kekurangan tenaga. Oleh itu apabila lelaki stress, mereka memerlukan rehat. Wanita akan kehairanan apabila melihat suaminya yang dalam keadaan stress berada dalam kepenatan dan asyik mahu tidur, sepatutnya keluar menyelesaikan masalah.

Untuk mendapatkan tenaga yang lebih, wanita memerlukan oxytocin yang diperolehi apabila mereka rasa seronok melakukan kerja di samping redha dengan ketentuan Allah.

Tubuh mereka mempunyai banyak lemak, bukan saja berfungsi sebagai penyedia hormone ketika hamil dan membesarkan anak, tetapi juga memberikan tenaga.

Dengan membakar lemak yang disimpan, wanita mampu menghasilkan tenga sebanyak dua puluh kali dari tenaga yang dihasilkan oleh lelaki. Tenaga lebihan ini akan diberikan kepada otak yang sentiasa berfikir tanpa henti tentang perkara yang harus dilakukan.

Wanita menjadi penat bukanlah kerana otot-otot mereka menjadi lemah, tetapi apabila mereka stress, hormone oxytocin tidak dikeluarkan dengan banyak. Malah hormone-hormon stress seperti cortisol akan meningkat. Hormon cortisol tidak membakar lemak, tetapi membakar gula untuk mendapatkan tenaga.

Oleh itu wanita yang stress lebih suka memakan makan makanan yang manis seperti kek, donut untuk mendapatkan tenaga yang segera. Padahal kenaikan paras gula akan membuatkan mereka bertambah penat, bertambah gemuk, dan rasa stress atau berserabut dalam kepala. Ini akan mengakibatkan kitaran haids mereka tidak teratur.

Kesimpulan, ketika stress wanita memerlukan perkara-perka yang menyebabkan keluarnya hormone oxytocin sementara lelaki memerlukan rehat.


No comments:

Related Posts with Thumbnails