18 June 2012

Petua Untuk Mudah Membuat Lelaki Jatuh Cinta

1. Kecantikan Dalaman - Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan - Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik - Nafsu mengatakan wanita cantik pada rupanya, akal mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, Hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia - “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.


sumber: EPML

No comments:

Related Posts with Thumbnails