13 June 2012

MOTIVASI RUMAH TANGGA

Antara punca wanita/isteri menjadi stress di rumah apabila terlalu banyak kerja rumah yang belum dilakukan dan disiapkan. Mereka tidak boleh dengan senang hati merehatkan diri, tanpa membuat atau menyudah kerja-kerja ini.

Ini mungkin mustahil dilakukan kerana wanita/isteri zaman sekarang tidak lagi menjadi surirumah sepenuh masa. Bermakna waktu yang boleh digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja rumah semakin terhad, iaitu waktu apabila mereka kembali ke rumah dari tempat kerja.

Apatalah lagi sifat wanita yang tidak senang hati untuk merehatkan diri dan tidur apabila teringat lambakan pinggan di sinki, longgokan baju yang belum berbasuh atau belum berlipat, rumah yang terunggang langgang. Semua ini akan menjadi wanita tidak lelap tidur atau memaksa mereka menyelesaikan kerja-kerja ini walau pun fizikal mereka penat.

Semakin wanita berasa penat semakin cepat dia mahu menyegerakan kerja-kerja itu dan merasa stress. Stress fizzikal dan stress emosi saling bertukar ganti dan semakin membesar, sehingga mereka akan merasa diri mereka lebih tua dari umur sebenar.

Related Posts with Thumbnails