(sumber: pokcek gugle)
selamat hari guru, sayang.
perbaharui ikrar gurumu setiap tahun
dengan diiringi laguan
dan laungan
serta azam yang tak pernah surut dalam dadamu
selamat hari guru, sayang
bukan hadiah yang dinanti,
bukan kad yang dipinta,
tapi ingatan yang tak pernah susut walau seinci
selamat hari guru, sayang
kerna kau sahaja yang mengusung isi dunia,
maka kau usunglah ia dengan penuh kasih sayang
selamat hari guru, sayang
2 comments:
selamat hari guru iz...
tq yunk :)
Post a Comment