06 January 2012

Lesen memandu



Pagi jumaat yang barakah ini, aku pergi ke jpj. Dengan niat nak perbaharui lesen bonda. Tarikh luput 8.1.2012. Hemmm, seb belum tamat lagi. Kufikirkan aku orang nombor 3, rupa-rupanya 12. Tunggu la sekejap.

Bila sampai giliran aku, aku minta dengan petugas kaunter untuk perbaharui lesen selama dua tahun. Katanya sekejap. Selepas disemak, dia bertanyakan tarikh lahir untuk pengesahan. 

Rupa-rupanya, tarikh lahir adalah tarikh tamat lesen memandu. Jumlah yang perlu dibayar ialah rm75. Rm60 untuk dua tahun dan bakinya, rm15 untuk mencukup haribulan. Tarikh lahir bonda adalah 10 september.

Wani - aku lak nanti kena berapa rm ye?
Dengan Penuh Kasih Sayang

No comments:

Related Posts with Thumbnails