04 May 2011

Petua Memperoleh ZURIAT

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" 333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

update: 
Petua Mendapat Anak
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh wanita yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.

*wani - Alhamdulillah. tq ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

No comments:

Related Posts with Thumbnails