06 May 2011

Pengambilan Konstabel Sukarelawan Polis Kontinjen Perak

SYARAT - SYARAT BAGI MEMOHON JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN POLIS

A. Taraf Kerakyatan: Warganegara Malaysia

B. Umur: Tidak kurang daripada 18 tahun dan Tidak melebihi 35 tahun.

C. Ukuran Badan: Lelaki - tinggi 162 cm ( 5 kaki 4 in. ), Lilitan dada 81 cm / 86 cm ( 32”/34” ), Berat Badan 48 Kg dan Wanita - Tinggi 152 cm ( 5 Kaki ), Berat Badan 43 kg.

D. Penglihatan & Pendengaran: Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik.

E. Kelulusan Pelajaran: Sekurang - kurangnya lulus LCE / SRP Pangkat A atau setaraf dengannya (salinan sijil hendaklah disertakan).

F. Lain-lain kelayakan:

i) Mempunyai pekerjaan tetap.

ii) Mendapat kebenaran Ketua Jabatan / Majikan untuk masuk berkhidmat.

iii) Bermastautin di dalam lingkungan 18 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon.

iv)Bersih dari sebarang rekod jenayah / Cawangan khas.

v) Tidak menjadi ahli / anggota lain - lain Badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

vi) Pekerja-pekerja dari ‘key Personel’ seperti Hospital / TNB ( breakdown / telekom ( tech ) / Pengawal Keselamatan / Jaga ( Badan Berkanun / Kerajaan swasta) tidak layak memohon.

G. Cara memohon:

i) Semua permohonan hendaklah melalui borang khas yang boleh didapati dari Ibu Pejabat Polis Daerah ( Cawangan Hal Ehwal Awam ) dan Pejabat Ketua Sukarelawan Polis Daerah berkenaan.

ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan surat kebenaran dari majikan dan penyata gaji.

iii) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Ketua Polis Daerah
(u.p : Caw. HEA Daerah & Ketua Sukarelawan Polis Daerah)

*wani - yang tada kerja sila cari kerja ye.. boleh rujuk encik polisperak*

No comments:

Related Posts with Thumbnails