12 April 2011

Mencantikkan Muka part 2

MASCARA UNTUK MUKA BERMINYAK

* Ambil sebiji telur ayam dan setengah biji buah lemon. Ambil putih telur dan jus lemon sahaja. Masukkan kedua duanya kedalam sebuah mangkuk dan kacau hingga sebati. Sapukan masker ini keseluruhan wajah kecuali bahagian mata. Biarkan selama 115 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

SEGARKAN MUKA

*Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu

HILANGKAN PARUT PARUT DIMUKA

Tips 1

*Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Tips 2

* Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut sudah jadi kehitaman baru beunjar daun lidah buaya :)i 

Selamat mencuba..Insya'allah berhasil



*wani - cantik3. tq cik Lowbudgetonline Shop*

No comments:

Related Posts with Thumbnails