10 March 2011

Telefon Bimbit Tiada Isyarat

berangin aku dibuatnya. sudah encik suami di pakistan. nak hantar pesanan ringkas, tidak boleh langsung. bermula daripada jam 6 petang (waktu Malaysia). aku nak telefon pula, cepat sangat. mesti, dia tengah bekerja. bila waktu kerja dia sudah habis, tak boleh nak telefon pulak. hah! sekarang aku dan dia tak boleh nak telefon pulak. aduh, berangin satu badan. semua rasa nak marah.
syarikat telekomunikasi mana yang tidak buat kerja ini, Malaysia atau Pakistan? tak kan la kot, semua panggilan dari Malaysia dalam jangkamasa yang sama. ini bukannya waktu raya.
kesudahannya, aku hantar pesanan ringkas bergambar dan beritahu 'no call and no sms from my phone'. aku tarik selimut dan tidur.

*wani - marah3*

No comments:

Related Posts with Thumbnails