Berikut disenaraikan kesalahan yang sering berlaku :
1. Tidak bercumbu atau memberi ciuman
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks sepontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ramai lelaki yang lupa memberikan ciumannya pada pasangan, ketika sedang melakukan penetrasi. Ciuman ketika mahu merangsang isteri itu perlu, namun ciuman ketika penetrasi dilakukan juga penting kerana ia mampu memberi kepuasan ekstra buat isteri. Saat suami sedang merangsang, ingatkanlah dirinya.
2. Gigitan cinta yang tidak kena
Gigitan cinta yang dilakukan oleh suami ketika isteri tidak terangsang selalunya akan menimbulkan rasa sakit dan perasaan yang tidak selesa. Oleh itu, pastikan si dia melakukannya di waktu yang tepat agar anda boleh menikmati keghairahannya. Dalam pada itu, minta suami melakukan gigitan-gigitan kecil saja. Lakukannya ketika aktiviti seksual sedang membara.
3. Hanya membelai bahagian tertentu
Beritahu pasangan anda, jangan hanya menumpukan perhatian pada satu titik tertentu sahaja. Tubuh wanita penuh dengan bahagian-bahagian yang peka terhadap rangsangan seks. Fokus lelaki terhadap tubuh isteri selalunya di bahagian payu dara dan juga bahagian alat sulit. Namun, bukan hanya bahagian ini saja yang harus dicumbui oleh suami. Bahagian tubuh lain seperti punggung, belakang badan, paha dan juga leher perlu juga dibelai dan dicumbui.
Pastikan suami memberi perhatian penuh pada bahagian-bahagian tersebut agar hubungan seks tidak terasa membosankan bagi anda. Pegang tangan suami sambil letakkannya di bahagian tubuh yang mahu dibelai, sambil beritahu kepadanya bahawa ada ingin dia mencumbui bahagian tersebut juga.
4. Suami terlalu berat
Kuang… kuang… kuang… ada keadaan yang mana isteri menghadapi masalah ketika berhubungan seks kerana tubuh suami yang terlalu besar. Situasi ini menyebabkan hubungan intim dirasakan sangat terbeban kerana sukar untuk bernafas. Bagi membantu mengatasi masalah ini, sebaiknya ketika suami berada di atas anda, usahakanlah agar berat tubuhnya tidak membebani tubuh anda dengan cara meminta pasangan menahan berat badannya.
5. Ejakulasi terlalu cepat
Adalah amat menjengkelkan jika suami ‘tewas’ dahulu daripada isteri dan membiarkan isteri terkapai-kapai keseorangan. Jangan sangka bila suami sudah mencapai puncak kenikmatan, tidak bererti pasangan merasakan hal yang sama. Isteri pun menginginkan kenikmatan seperti yang suami rasakan. Bila isteri merasakan kenikmatan yang sama seperti yang suami rasai, isteri pasti susah menolak bila diajak bermesraan di lain waktu dan ketika. Jika isteri sukar mencapai puncak, suami harus berusaha menyenangkan hatinya. Jika suami tidak mampu mengendalikan ejakulasinya, cubalah memanjangkan tempoh pemanasan. Minta suami terus merangsang agar anda juga mampu mendapat kepuasan seks daripadanya. Lakukan lebih banyak variasi ketika pemanasan dan minta lebih lama mengeksploitasi bahagian-bahagian sensitif anda.
Selain itu, usahakan untuk fokus terhadap rangsangan yang diberikannya. Beritahu suami aktiviti yang dilakukannya tidak sesuai keinginan anda. Cara ini acara seks anda dan suami akan terus membara.
*baik punya cilok daripada inhealthbeauty*
1 comment:
asek cilok je. hehe.
Post a Comment