14 September 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis

lemang, rendang, nasi himpit dan masak lodeh... sudah siap.
nak sedap lagi masak la sambal tumis ikan bilis.

(sumber : penyulawa.fotopages.com)

Sambal Tumis Ikan Bilis

bahan-bahan:
*20 tangkai cili kering (pedas ni)
*1 batang serai
*1 bawang besar saiz sederhana
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
4 sudu minyak masak
cuka
*belacan (tak buh pun tak apa)
1-2 keping asam gelugor
garam dan gula
ikan bilis (sudah digoreng dan belum digoreng)

cara penyediaan:

  1. semua yang bertanda * dikisar dengan menggunakan pengisar.
  2. masukkan minyak ke dalam kuali.
  3. masukkan hasil kisaran tadi. biarkan sehingga mendidih.
  4. masukkan asam keping. kacau.
  5. masukkan ikan bilis.
  6. suaikan rasa.
tip: tak mau pakai asam gelugor, lagi cantik guna asam jawa. 1 sudu kecil ya. boleh ganti ikan bilis, dengan apa-apa 'menatang' yang digemari la..lebih cantek lagi kalau cili kering pecah minyak...lagi satu, common sense....biar nampak macam sambal nasi lemak.hehehehe

ane - blender memudah acara masak- memasak

2 comments:

GaDis CoMeL said...

buat aku rasa lapo je.... cisss...

nosembilanbelas said...

@gadis comel masak jangan tak masak. kalau ada orang dah jual..boleh pergi beli.heheheh

Related Posts with Thumbnails