13 September 2010

Resepi Rendang Ayam khusus KBSM


(sumber : iluvsuperstore.com)

tak pernah masak rendang? takut kalau tak jadi..
cuba RESEPI RENDANG AYAM yang konpom jadinya.
(bukan apa, kalau tak pernah masak sekali pun..memang jadinya)

RESEPI RENDANG AYAM mesti jadi punya

bahan-bahan:
150g daging ayam (lebih kurang 4 keping ayam)
1/2 biji kelapa parut (125g santan)
*6-8 tangkai cili kering (nak pedas, tambah lagi cili kering..tak mau pedas, kurangkan)
*6 ulas bawang merah (2-3 bawang besar saiz kecil)
*1 batang serai (aku boh 5..hehehhehe)
1 helai daun kunyit (wajib buh)
*1.5 cm (1/2 inci) halia
*1 hiris lengkuas (aku buh 1 inci)
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur a.k.a. asam keping (aku buh dua)
garam dan gula secukup rasa (pandai-pandai la korang sukat ye)

cara penyediaan:

  1. basuh dan potong ayam menjadi kepingan kecil. (orang tak berapa nak makan rendang, kalau ayam saiznya macam ayam kfc).
  2. semua yang bertanda *, kisarkan dengan pengisar (blend aje semuanya. jangan menyusahkan diri)
  3. masukkan minyak dua sudu besar ke dalam kuali. 
  4. tuangkan semua hasil pengisar (blender) tadi ke dalam kuali. tunggu satu minit. (tak mau tunggu pun tak apa)
  5. masukkan ayam yang telah dipotong tadi ke dalam kuali.
  6. biarkan mereneh sehingga ayam lembut dan rendang berminyak.
  7. sepuluh minit pertama, tengok aje pun tak apa. tapi kacau la jugak. jangan biarkan saja. hehehehe
  8. suaikan rasa semasa masih lembap (aku selalunya, buh garam dan gula sama banyak...1 lebih sikit sudu tau fu fa  tue). kacau selalu. jangan tinggalkan kuali.
  9. masukkan daun kunyit dan kerisik tadi. (lupa nak masuk, tak jadi rendang kang)
  10. selepas itu, kacau selalu. apabila kering, kacau lagi supaya tidak hangus dan berkerak.
  11. siap!
kuantiti : untuk 2-3 orang makan.

tip: kalau inilah pertama kali buat rendang, pakai aje lah api paling kecil sekali. tak apa lambat sikit..sebab hasilnya..memang konpom jadi. garam dan gula? jangan panik. rasa. gunakan sepenuhnya deria rasa lidah korang.

sumber : resepi khusus KBSM

ane - hehehehehehe aku terer pasal kak su yang ajar aku..memang jadi nya...kalau rendang kerang......lagi terangkat tau..

2 comments:

Aida Azryn said...

Wah... rendang ayam~ my fevreto.. hehe

awek cung said...

@aida azryn akak suka gak..tapi agak2 jem dah nie..minyak tue

Related Posts with Thumbnails