(sumber : fauzyalfalasany.blogspot.com)
Selalunya..dan aku rasa sebahagian besar akan pergi cari sumber berita terkini di waktu pagi..tak kisah lah sama ada melalui televisyen ke, radio ke, internet ke atau pun suratkhabar..
Televisyen memaparkan pelbagai jenis saluran berita yang boleh kita tonton. antaranya ialah TV1 atau TV2, TV3, TV9, ataupun saluran berbayar yang hampir sebahagian rumah rakyat Malaysia memiliki kuali Astro nya.
Radio juga memiliki kekuatan berita yang tersendiri. sama ada pemandu memilih Klasik Nasional (semua radio kerajaan 'meminjam' 100% berita daripada sini) ataupun Hot FM mahupun yang memegang gelaran stesen no 1 radio Malaysia, Sinar FM (kebanyakan pun meminjam berita yang sama, berbeza hanyalah tukang penyampainya sahaja).
Media bercetak iaitu suratkhabar begitu banyak di pasaran. Seawal jam 5 pagi, kita boleh memiliki dan membaca akhbar untuk hari ini. sama ada suratkhbar ini mahu dibaca secara 'pegang' kertas karbon nya ataupun di baca dengan 'pegang' keyboard. antaranya ialah Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian ataupun suratkhabar 'picisan' (marah orang guna istilah ini) harakah, suara keadilan, berita (lupa dah nama penuhnya) ataupun tabloid (lama gila dah tak beli nie) Mingguan Perdana etc.
Belum dimasukkan senarai nama majalah yang bermacam ragam dan rupa untuk menarik setiap peringkat umur supaya dibeli dan dibaca majalah tersebut. aku suka baca free (err majalah yang munasabah, kalau dilanggan boleh rebat LHDN tau).
walau bagaimanapun, aku masih lagi terfikir adakah masih lagi terdapat rakyat Malaysia yang suka membeli dan membaca suratkhabar sehebat bonda yang membeli Harian Metro, Kosmo, dan Sinar Harian, (RM3.50) setiap hari tanpa gagal? manakala pada hari ahad,Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian (RM7.80) tanpa gagal? hemm, bonda selalu kata..kalau mama pandai baca suratkhabar omputih memang mama beli The Star dan NST.
ane- aku rasa dah malas nak baca suratkhabar pasal...kenapa berita sekarang macam pelik sungguh dan tak masuk akal ye... kita memang sudah melepasi garisan akhir zaman ke?
2 comments:
salam ane..
akak pun dah malas membeli suratkhabar skarang ni, berita entah apa2... tengok berita kat TV saja la
@ibu saya tengok berita yang setengah jam je.. kalau ada berita 15 minit pun..lagi la saya akan tunggu. tapi tak ada
Post a Comment