12 July 2010

kenapa kena pergi hospital minggu lepas

(mama)
LUAR RUMAH
minggu lepas...bonda dan adik ku nak pergi ke rumah adikku di tasik prima untuk mengambil (tengok gambar bawah)


apabila bonda hendak menutup pintu pagar rumah, terdengar bunyi 'pop' yang kuat (macam bunyi gas hidrogen lak). tetiba, bonda tak boleh nak melangkah dan terus terjatuh di situ jugak (depan pintu pagar)..(pop : lutut berbunyi).

DALAM RUMAH
situasi sangat kelam kabut..bonda dah menangis. adik panik.telefon aku...aku jawab..call kak ton (sepupu aku a.k.a. doktor di hospital serdang). adik telefon aku lagi; awak, kak ton tak angkat. aku kata; call lagi..

nasib adik aku bertindak bijak dengan menelefon kak erol (sepupu a.k.a. adik kak ton a.k.a. cekgu di puchong perdana). kak erol sampai dengan segera ke rumah. kak erol terkejut (tengok gambar bawah)



kak erol; yah, kenapa rumah jadi macam nih
mak aku; tengah renovate rumah.
kak erol; yah, kak ton kata jangan gerak kan langsung kaki. kak ton dah call ambulans. nanti dia datang.

DALAM VAN AMBULANS
versi mak aku;
ambulans datang dengan segeranya. orang ambulans tanya mak aku, apsal tak call diorang terus?kenapa suruh Dr Wan call? mak cakap; panik!(hakikatnya; mak aku kata, jenuh ler menunggu kalau call sendiri)

IKUT BONTOT VAN AMBULANS
versi adik aku:
adik aku; awak, saya ikut ambulan. laju gila dia bawak.
aku; ada bunyi siren tak?
adik aku; lepas tol, baru bunyi siren.
aku; abih tue, tak bayar la tol tadi tue..
adik aku; hehehehe saya takut, saya masuk la smart tag.
aku ; cehhh

DALAM TEMPAT KECEMASAN
adik membebel sebab tak ada orang, layan mak aku..nasib la sejam lepas tue, kak ton sampai.patut la dia lewat, dia on-call hari itu..kak ton yang beres kan semua perkara dari tempat kecemasan sampai la masuk wad jam 11.30 pm

DALAM KERETA
panggilan hayat bertalu-talu masuk ke dalam henpon aku. aku nak jawab macam mana, pasal aku masih dalam perjalanan ke hospital. bukannya dekat. dari manjung nak ke serdang. walaupun encik nevi, bawak laju. tapi masih lagi ambil masa nak sampai.

JAM 12 TENGAH MALAM
sampai gak hospital. setelah puas menggeledah rumah yang bersepah mencari GL aku yang tak jumpa tuh(dalam hati, esok call kerani;suruh dia faks terus ke hospital) dan bawak ubat kanser(kena makan ubat ni selama lima tahun, walaupun, dah disahkan 99% bebas kanser).

maka, bermula kembali era berumahtangga di hospital daripada hari aku tiba sampailah jumaat lepas.

ane - nanti cite lak..apa jadi pada lutut bonda ekkk

5 comments:

muara said...

Bijak mak anda.. telefon terus doktor.., sekarang mak anda macam mana?
Dah keluar hospital la...?

xazryx said...

waaa .kesia ny .mak camne skrg ?

BEKOK said...

KECIAN JUGAK.. simpati lor.... hope cepat sembuh,..........

anak said...

muara : hehehehhe..mau hidup punya

xazryx : jalan masih lagi terencot2 lagi..tapi yang penting dah boleh jalan la

Insan Jiwang : terima kasih

anak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts with Thumbnails