15 July 2010

adakah DIA akan menjadi pilihan KU?



(sumber : blog.cglow.com)

AWAL TAHUN 1995
aku mula menjelajah internet dengan menggunakan DIAL UP...masa tu pilihan yang ada hanyalah jaring dan tm..so, aku pilih jaring, pasal BSN dekat dengan rumah...DIAL UP.. paham-paham sajalah, betapa lembapnya, jenuh nak menunggu. akhirnya, aku bosan dan mula tinggalkan internet.

AWAL TAHUN 1997
Bila rindu semula dengan internet, aku pilih dial up time net. pasal aku dapat CD free. pun DIAL UP juga. lembap? seangkatan dengan yang di atas...kembali fed up. tinggalkan internet.

AWAL TAHUN 2000
rindu semula dengan internet..pasal banyak kerja-kerja rumah yang kena cari dalam internet. so, aku pilih DIAL UP tmnet. lembap pun lembap lah..bayar bil telefon sahaja. setakat tengok gambar sikit-sikit, baca email tu..bolehlah.

AWAL TAHUN 2004
memang aku masih lagi memilih DIAL UP tmnet...walaupun, adik aku dah guling-guling gelak kan aku memilih cara yang konvensional. masa itu, duit adalah penghalang yang besar kepada aku...(banyak bil nak kena bayar nih).

AWAL TAHUN 2008
masa nih, encik nevi dah beli rumah..aku mula memasang angan-angan. pasal tahun tue, aku rasa internet punyalah lembapnya..nak bayar bil online pun, lembap. so, aku o-som dengan encik nevi, STREAMYX menang. aku pilih dia sampai sekarang...

AWAL TAHUN 2010
encik nevi sibuk nak pakai berukben. masalah terbesar aku (o-som aku dengan encik nevi, aku masih berjaya menghalang dia pakai berukben) ialah orang disekeliling aku semuanya kutuk rapat-rapat berukben nih. tak kesahlah jenama C ke jenama M ke jenama Psatu ke...

so, bila DIGI mengeluarkan pelan yang dimilikinya.....

1. adakah aku kena mengadakan semula o-som dengan encik nevi?
2. 'signal' dia, ok ke di manjung?
3. susahnya tak ada berukben bila masuk hospital..kan
4. kan jadi macam hari tue lagi...kena cari pencuri kabel ku 

dua soalan yang berputar-putar di fikiran ku ini....sampai la nih.

4 comments:

Lee said...

Hi No. 19, ha ha, love that picture....only a bit small.
You have a nice sense of humour. Best regards, Lee.

nosembilanbelas said...

hehehehehe because of you, i make it bigger.. tapi gambar jadi tak cantik..pecah...
lagipun ikut SIFU kannn

chomelista homestay said...

Skang kalo blk kg, masih lg gune dial up.
Tp oleh sbb lembab tahap sipot.. maleh ah je nak connect hihih.

anak said...

masa tak ada streamyx dulu, tunggu gak...la nih, jangan harap..
baik dok languk tengok tv

Related Posts with Thumbnails