14 August 2013

Duhai isteri

Renungan...

:: Duhai isteri.. Suamimu hanyalah manusia biasa.. Dia mungkin tidak mampu menyediakan mahligai indah buatmu, tiada kereta mewah sebagai hadiah, tiada intan permata sebagai tanda cinta dan tiada harta atau tanah sebagai cagaran masa depan..

Apa yang ada di depan mata, itulah dia.. Tidak lebih dan tidak kurang.. Jangan kerana keterbatasan dirinya membuatkan kasihmu hilang.. Jangan kerana kekurangan dirinya membuatkan rasa hormatmu melayang..

Telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir, dialah jodohmu dan dialah IMAMmu.. Kamu lihat dia seperti keras hati.. Tapi ketahuilah, dia juga menangis tanpa kamu sedari.. Kekuatan dan kecekalan dirinya ada pada kasihmu..

Ikatlah kuat-kuat.. Jika suamimu redha ke atasmu, maka Syurgalah buatmu.. InsyaALLaH..


*wani - aq je ke yg 'kembali ke fitrah' asal?

No comments:

Related Posts with Thumbnails