(kucing 1)
(kucing 2)
tahun lepas, kucing 1 suka sangat datang rumah untuk cari makan. belek-belek tong sampah dalam kawasan garaj rumah sampai terbalik tong sampah dibuatnya. tetapi bila aku buka je pintu, terus berdesup kucing 1 menghilang. saki baki makanan, selalu kucing 1 yang makan.
tahun ini, sehinggalah saat aku menulis. kucing 2 yang berwarna putih sekarang yang menjadi raja di luar rumah aku. hem, tahap keRAJAan kucing 2 sehinggalah menganggap inilah adalah rumah kucing 2! mana-mana kucing yang menyinggah pasti akan menjadi mangsa kejarannya. selalu yang menjadi mangsa adalah kucing hitam (pasal sama aje saiznya). kucing 2 terpaksa diberi makan. kalau tidak diberi makan, akan menyebabkan satu taman boleh terdengar suaranya. permintaan aku, supaya encik suami membuang kucing ini, belum lagi tertunai. hemmmmm. bukan tak mahu beri makan dah. tapi teringat kisah lama da....
tolong la, ambil kucing 2 ini, kalau dijaga dalam rumah, memang cantik.
pasal apa aku tidak mahu jaga?
pasal aku ada gethique
No comments:
Post a Comment