15 November 2010

Surat Terbuka Untuk Menteri Besar Perak 2010

YB Menteri Besar Perak.

Tuan YB,

     Saya sebagai penduduk daerah Manjung merasakan penduduk daerah ini telah memiliki pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri dan MPM. Pelbagai jenis kegiatan sukan telah mempunyai tempat dan tapak yang tersendiri.
     Sebagai contohnya, bagi permainan ; go kart, telah memiliki tempat untuk bermain di hadapan Kampung Lumut Kiri. Bagi permainan kereta mainan (hanya jenis 4WD sahaja) tetapi bukan jenis litar yang mana tempat lama bertempat di Pasar Tani, tempat bersebelahan tempat go kart tersebut.
     Bagi permainan extreme, dahulu tempatnya di Teluk Batik. mungkin kedudukan yang jauh telah menyebabkan tempat ini terbiar sehingga berkarat tapaknya. Bagi permainan kapal terbang mainan, padang Astaka Sitiawan atau kawasan Lapangan Terbang adalah pilihan terbaik. ini mungkin kerana kawasan terbuka yang luas. Permainan layang-layang, sama ada bermain di padang Astaka ataupun di Teluk Batik.
     Cuma yang menyedihkan YB, kenapa tiada litar untuk drift kereta? Saya suka menggunakan contoh di Maeps Serdang, Selangor. Di kawasan tersebut terdapatnya, sebuah litar yang selamat untuk pemandu dan pengunjung bagi melihat pemandu melakukan drift. Ya, bayaran mestilah dikenakan. Sebab tiada satu pun yang percuma sekarang di dunia.
     Saya amat berharap sebuah litar untuk drift kereta dibina di daerah Manjung. Tanpa memerlukan pemandu ataupun peminat untuk melihat aksi drift ini dengan keadaan yang selamat dan tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu ataupun pengunjung.

Saya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails