03 December 2013

Beberapa poin tentang Kenaikan Tarif Elektrik

Beberapa poin tentang Kenaikan Tarif Elektrik.

1) Kita semua tidak suka segala perkara yang naik. Harap maklum.
2) Apakah punca kenaikan tarif elektrik?
3) Yang pertama adalah beban kewangan kerajaan. Ia datang daripada hutang yang tinggi dan subsidi yang ditanggung untuk merendahkan harga barang/servis.
4) Yang kedua adalah ekonomi dunia dan polisi kewangan Amerika Syarikat (US) yang akan menaikkan kadar interest dan tapering duit fiat.
5) Apa yang berlaku di US sebenarnya sangat memberi kesan kepada negara membangun. Apabila US dan foreign investor menarik balik duit, bon dan pelaburan mereka di Malaysia, kita dapati matawang RM kita jatuh. Index pun jatuh. Jadi semua ini ada kaitan.
6) Kerajaan sedang melakukan liberalisasi ekonomi untuk menyelamatkan ekonomi negara dek punca punca diatas. Kita boleh baca isu TPPA dan polisi ekonomi sekarang.
7) Hasil liberalisasi ini akan memberi impak yang sangat besar kepada pemain tempatan apatah lagi bumiputra.
Apa yang DS Najib cakap tentang negara boleh bankrup sebenarnya ada benarnya namun beliau tidak ada pilihan lain.
9) Berbalik kepada isu liberalisasi ekonomi, selama ini dasar bagi muka kepada businessman bumiputra dan tempatan mungkin tidak dapat diteruskan lagi. Kerana ia "costly" dari segi ekonomi.
10) Liberalisasi ekonomi juga tidak akan memanjakan rakyat dengan subsidi. Selama ini semua rakyat tidak kira sangat kaya, kaya, miskin dan sangat miskin semuanya terima subsidi.
11) Selepas ini untuk kerajaan berjimat, subsidi hanya untuk yang benar-benar miskin dan berpendapatan rendah sahaja.
12) Sebagai contoh, GST mengecualikan barang-barang asas. Namun barang yang tidak asas akan kena dan kenaikan harga akan berlaku. Dan untuk membantu yang berpendapatan rendah, BR1M diberikan. Soal apakah cukup atau tidak adalah soalan yang valid.
13) Tarif elektrik akan naik. Yang banyak pakai elektrik pasti akan rasa kenaikannya. Sesiapa yang guna di bawah RM20 akan dapat rebat. Itulah subsidi terpilih. Sementara itu yang pakai bawah 300kwj iaitu lebih kurang bil RM80 kebawah sebulan tidak akan kena kenaikan.
14) Pasti anda tanya siapa yang guna elektrik RM20 itu. Pastilah mereka yang rumah hanya ada beberapa lampu dan kipas. Pasti tiada aircond, 2-3 buah peti sejuk, hair dryer, water heater dan sebagainya. Iaitu orang yang hidup asas sahaja iaitu orang miskin. Yang tidak miskin tidak dapat rebat dan terpaksa menanggung kenaikan.
15) Sememangnya dari dulu lagi rakyat kelas menengah ini yang teruk ditimpa beban. Nak kata miskin, tak miskin. Nak kata kaya, tak kaya. Cukai memang kena segenap sudut, kos hidup pun tinggi. Sekarang kerajaan pun dah nak lingkup, dia hanya mampu tolong orang yang miskin sahaja.
16) Kalau saya ahli politik, saya mungkin boleh beri solusi berdemo atau yang lainnya. Namun saya hanya seorang Perunding Kewangan Peribadi dan juga usahawan, saya tidak mampu melainkan memberi solusi kewangan peribadi sahaja.
17) Tahun 2014 mungkin bukan tahun yang sesuai untuk pelaburan dan kemewahan. Tahun 2016/2018 mungkin berlaku kemelesetan ekonomi sekali lagi. Kita lihat sejarah, tahun 1994 US menaikkan kadar interest, tahun 1998 ekonomi meleset. Tahun 2004 US naikkan kadar interest, tahun 2008 ekonomi meleset. Tahun 2014 naikkan kadar interest, tahun berapa pula ekonomi meleset?
18) Jadi walau siapapun anda, hidup dengan berjimat cermat. Tingkatkan simpanan. Kurangkan perbelanjaan bermewah-mewah. Kurangkan kualiti barangan yang diguna. Hidup dibawah kadar mampu (Live below your means).
19) Jika kita rakyat kelas menengah, sedarlah diri kita bukan kaya dan bukan miskin. Kita tidak dapat bermewah dan juga tidak ada orang mahu bantu kita. Kitalah yang kena bantu diri sendiri.
20) Kepada yang ingin berdemo dan marah kerajaan, itu hak anda dan saya tidak mahu campur urusan anda. Saya cuma harap jangan marah saya dan paksa saya bersetuju dengan anda.


*wani - ada beberapa poin yg menarik perhatian aq... 1) Malaysia benkrap? 2) hiduplah di bawah kadar mampu 3) berjaga-jaga untuk zaman kemelesetan ekonomi 4) simpanan mesti lebih skang

No comments:

Related Posts with Thumbnails