18 September 2013

jaga pandangan

"Bro! Kau suka perempuan camna?"

"Aku? Mestilah nak perempuan yang berpurdah"

"Kenapa pula?"

"Sebab perempuan berpurdah sejuk mata memandang. Aku suka tengok. Aku tak suka tengok perempuan seksi. Buat tambah dosa aku ja."

"Salah tu. Kita sebagai lelaki kenalah jaga pandangan kita. Lelaki kena pandai mendisiplinkan pandangan mata. Menganggap yang haram dipandang itu hanya wanita yang tidak menutup aurat, sebaliknya yang solehah lagi ayu berpurdah itu boleh dipandang sesuka hati."

"Jadi apa yang patut aku buat?"

"Kita kena ingat perempuan berpurdah sebab mereka nak jaga pandangan dari para ajnabi. Nak berubah ke arah yang baik. Jadi kita yang lelaki, kita bantulah mereka. Kita jaga juga pandangan kita. Nak cari solehah, kita yang kena jadi soleh dulu. InshaAllah, solehah akan datang dekat kita. Jadi, berusahalah."

"Satu lagi, jangan berharap nak jodoh yang berpurdah. Berharap itu penyakit hati juga jika melarat. Yang penting cukup syarat, tidak melanggar syariat Islam, inshaAllah dipermudahkan.


*wani - jagalah... nanti di sana, mampu ke ko nak menjawab...

No comments:

Related Posts with Thumbnails