27 August 2013

Rahsia murah rezeki

Rahsia murah rezeki ini saya peroleh daripada seorang ustaz. Kata beliau kalau nak murah rezeki mudah sahaja.

1. Jangan kata tidak ada duit sedangkan kita ada duit. Walaupun duit sikit, jangan sesekali berkata kita tidak ada duit.

2. Jangan kedekut memberi makan tetamu. Sikit atau banyaknya juadah itu tidak menjadi hal. Janji dapat meraikan tetamu yang hadir.

3. Jangan takut beri sedeqah dan zakat. Sedeqah dan zakat tidak memapakan bahkan menyuburkan rezeki.

4. Jangan berkira berbelanja untuk anak isteri tetapi berpada pada mengikut keperluan dan kewangan sendiri.

5. Jangan berat tulang. Hulurkan bantuan dan pertolongan pada mereka yang memerlukan. Sikit atau banyak pertolongan itu tidak menjadi hal. Yang penting niat kita untuk membantu meringankan beban orang yang memerlukan.

7. Jangan derhaka kepada kedua ibu dan bapa. Redha ibu bapa merupakan redha Allah selagi tidak bercanggah dengan syariat.

6. Ini paling UTAMA. Jangan tinggal solat kerana solat itu menentukan jatuh bangunnya hidup kita. Berapa ramai orang kecundang hidupnya hanya kerana tidak mengerjakan solat.

Rezeki itu daripada Allah. Rezeki Allah itu umpama kitaran dalam kehidupan. Ianya perlu dikitar semula dan akhirnya memberi seribu kebaikan kepada kita dan orang di sekeliling kita. Rezeki bukan semata mata wang ringgit. Rezeki itu kehidupan, ketenangan dan kesejahteraan dalam hidup.


*wani- semua itu dari-Nya kan...

2 comments:

Siti Noor Aminah said...

rasanya nombor 1 selalu org buat.. ada duit tp kata takdak duit.. huhuu

nosembilanbelas said...

biarkan orang. asalkan bukan kita :)

Related Posts with Thumbnails