21 February 2013

Amaran keras untuk Guru?


Melihat 'amaran' sebegini, saya mula faham mengapa anak-anak muda sekarang makin hancur.

Bila guru tidak dihormati, bagaimana mahu datangnya ilmu. Penjaga sepatutnya tahu, dan tidak memanjakan anak dengan melampau.

Abah saya menghantar saya belajar ke Perlis, sedang rumah kami di Johor, tanpa sedikit pun amaran kepada guru-guru yang bakal mendidik saya. Tetapi kepada saya lah dilimpahkan pelbagai amaran dan nasihat, dan benda paling diulang-ulang adalah hormat kepada guru.

Tetapi keratan akhbar ini, pada saya memalukan. Sungguh tidak saya hairan, mengapa kebanyakan remaja, pemuda-pemudi hari ini, tidak punya akhlak dan hanya tahu berhiburan.



*wani - jawapan aq? x jadi orang la jawabnya....

No comments:

Related Posts with Thumbnails