17 December 2012

Telefon bimbit doraemon

Semalam, selepas berjumpa adik ipar, siti nor di Jeti Lumut, kami pergi ke Billion Manjung (Billion lama). Melalui barisan kiosk yang menjual pelbagai jenis telefon bimbit, aq ternampak telefon bimbit yang sangat menarik perhatian. Kecil, panjangnya hanya ibu jari kiri tanganku. Ada dua warna biru dan oren. 

Hp doraemon, memiliki kamera hadapan. Skrin, kecil je.. Orang tua dan yang tak suka + tak nampak tulisan kecil, sila abaikan telefon ini ya. Boleh berfungsi seperti telefon bimbit biasa.

Superb. Kiut miut. Harganya RM199 sebelum tawar menawar ya (sila tawar untuk murah lagi)

P/s - jangan berikan hp doraemon kepada kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah. Tercekik nanti.


Sent from Samsung Mobile

No comments:

Related Posts with Thumbnails