06 November 2012

Soalan Irma Hasmie

Satu soalan semasa berforum dengan Irma Hasmie di KL Sentral adalah pengalaman serta pendapat saya terhadap honeymoon.

Saya jawab, saya tak tahu apa beza honeymoon dengan kehidupan boasa. Kerana yang saya rasa adalah hari-hari yang saya lalui dalam rumahtangga saya adalah honeymoon.

Saya cakap, honeymoon tidak semestinya bercuti jauh-jauh dan mengeluarkan wang yang banyak. Saya melihat honeymoon
adalah 'kebahagiaan', maka siapa yang bijak mencetuskan kebahagiaan di dalam rumahtangganya, itulah momen yang berharga dan akan diingati.

Untuk menceriakan zawjah saya, saya sering menemaninya didapur. Kadangkala saya yang memasak. Ada masa saya pulang ke rumah dengan bunga. Ada hari, sengaja saya bawa makan di luar di tempat yang dia suka. Tanpa dia suruh, tanpa dia minta. Dengan itu dia rasa dihargai dan bahagia.

Dan banyak masa, saya sekadar duduk di sisinya dan mendengar dia berbicara. Itu pun mencetuskan bahagia.

Itulah honeymoon pada saya. Seni mencetuskan bahagia. Bukan hanya pada tempat yang jauh dan pengeluaran wang yang mahal. Keypointnya adalah bahagia dan mendidik diri untuk cukup dengan apa yang ada. Dan itu semua orang boleh berusaha melakukannya.


p/s - owg tgh hati berbunga... semuanya indah belaka...
Related Posts with Thumbnails