05 June 2012

VALE TIDAK MENEPATI JANJI 2011, LAGI GANGGU PENDUDUK!

04Jun2012, Fasa 1A, Seri Manjung.

Kumpulan Aktivis Sayang Alam (KUASA)) dari Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) menerima aduan lagi dari penduduk fasa 1A perihal lori kontraktor Vale melanggari undang-undang dan tidak menepati janjinya pada tahun lepas. Aduan diterima jam 10.00 malam dan KUASA cuba hubungi pihak Vale (CSR Manager) namun tidak dijawab.

Menurut pengadu, Rafiq, kejadianini adalah yang ke-4 di tempat yang sama dan masih berterusan. Gambar-gambar kejadian tahun lepas: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.290374687641378.79756.167668853245296&type=3

"Penduduk kesal kerana ia berulanglagi dan ternyata janji-janji Vale selama ini TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, dimanakah pemantauan pihak berkaitan? Ada Tanda amaran kenderaan melebihi 5Tan pun tidak dipedulikan!",katanya.

Seorang penduduk telah berjumpa dengan 'driver' lori berkenaan yg tinggal di tempat itu beralamat No. 5, Jln SM 1A/1, Fasa 1A (disewakan kepada pemandu) telah menyatakan komuniti mereka tidak mahu jalan perumahan rosak seperti berlaku sekarang di Kampung Dato' Seri Kamaruddin & Fasa 3 akibat laluan lori Vale.

"Perkara ini terus berulang sedangkan Vale dalam pencerahannya di akhbar alam maya Free Malaysia Today kehadiran mereka tidak menggugat alam sekitar dan masyarakat tempatan. Itu semua janji-janji kapitalis dari Brazil yang tidak boleh dipercayai langsung!", luahan Saiful salah seorang penduduk disitu.

Pihak KUASA cuba membantu masalah ini dengan menghubungi beberapa kali Pegawai CSR Vale, William Sarayaden ditalian 0129529815 agar dapat melihat sendiri dan mengambil tindakan segera, namun tidak dijawab. Bagaimanapun wakil KUASA di Manjung akan mengirim email gambar-gambar kaitan ke william.sarayaddin@vale.com

sumber: Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia

* wani - bab-bab penyalahgunaan jalan, mmg aq sgt concern.. x kira le kau lalu ke tak umah aq (x lalu pun umah aq. hehe) tapi ini melibatkan nyawa & duit... lau umah retak, duit kasi, mmg le lain citernya. tapi aq rasa, satu sen pun tidak (opsss pendapat aq nih). ada banyak gambar yang admin da upload. sila layarinya.. vale... saje cari pasal, dari aq mula belajar sampai bulan 10 nak grad pun, dok dgr cite kau lg..

No comments:

Related Posts with Thumbnails