20 June 2012

Petua Untuk Memilih Calon Suami Yang Penyabar

1. Anda boleh kenal dari dia yang sanggup menunggu andaa. Cuba lihat muka dia. Kalau orang panas baran, memang dia tidak boleh tahan menunggu. Lelaki yang sabar boleh menunggu. Tetapi janganlah terlalu lama pula.

2. Jarang lelaki atau orang panas baran dapat sembunyikan amarahnya. Lelaki penyabar tidak cepat bosan dan sabar orangnya.

3. Anda boleh uji dia dengan membawa anak saudara anda terutamanya budak-budak lelaki. Cuba perhatikan samada dia sanggup melayan budak-budak lasak. Jarang sekali orang lelaki yang panas baran rajin atau sanggup melayan kerenah budak-budak.
Sikap ini selalu orang terlepas pandang.

4. Selalunya lelaki penyabar tidak kuat cemburunya. Lelaki panas baran boleh dikatakan mempunyai sifat cemburu yang keterlaluan. Cemburunya kadangkala mengarut. Janganlah anda perasan yang kononnya dia terlalu sayang pada anda. Berhati-hatilah dengan lelaki jenis ini.

sumber: EPML

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah suami saya penyabar yg terhamat........takp ernah tgk dia marah...

nosembilanbelas said...

alhamdulillah...

Related Posts with Thumbnails