Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan,rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup. Setiap mukmin yang beriman pada Allah imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya
itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasanbagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala semasa di dunia. Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyaihikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang
yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh dari rahmat Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,”Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang
itu akan mendapat balasan syurga.”
(Riwayat Bukhari)
sumber: Dunia macam-macam
No comments:
Post a Comment