22 March 2012

Pemakaian baju batik

Ini bukanlah pertama kali, aku berada di hospital setiap hari khamis. Dah banyak kali aku perhatikan. Memang pekerja yang bekerja di hospital tidak memakai baju batik setiap hari khamis.

Tak kisahlah doktor, pekerja pejabat mahupun yang berada di kaunter sahaja. Boleh dikira dengan jari yang memakai baju batik. Jururawat memang tak pakai baju batik sebab Ada uniform mereka. Ok lah, doktor sangat sibuk dan dikhuatiri tidak dapat 'menjaga' pesakit dengan baik semata-mata hendak memakai baju batik.

Tetapi bagaimana dengan yang bekerja di pejabat? Bayang yang memakai baju batik pun tak nampak. Apatah lagi yang bekerja di kaunter yang melibatkan urusan dengan pelanggan.

Adakah diskriminasi atau aku yang tidak reti etika dan kod pemakaian yang bekerja di hospital?


Sent From Samsung Galaxy S II

No comments:

Related Posts with Thumbnails