19 March 2012

Malam pertama


Jauh sungguh rasa perjalanAn hAri ini. Lama sangat jarak 220 km untuk sampai ke puchong.

Kak erol telefon petang tadi. Bagitau dr tayalen datang rumah tengok mama dan dia kata mama tak boleh bernafas. Dia terus bawa mama pergi bahagian kecemasan.

Terus aku buat keputusan dan bagitau encik suami yang aku nak balik tengok mama.

Dalam perjalanan aku telefon bos untuk minta cuti.aku boleh bayangkan senget muka bos aku minta cuti daripada diA.

Sampai hospital, segala maklumat sampai ke telinga aku bertalu-talu. Tahan je la.

Yang pastinya ini malam pertama aku di hospital untuk tahun 2012


Sent From Samsung Galaxy S II

No comments:

Related Posts with Thumbnails