20 August 2011

Petua Untuk Mereka Yang Lambat Kahwin

1. Pasang tekad dalam hati tidak mahu cari lelaki yang ada isteri.

2. Jika ada suami orang mengorat anda, sila layan sedikit sahaja. Jangan curahkan perasaan, cerita masalah pada mereka. Cari tempat lain untuk luahkan masalah, adik beradik, mak ayah, kawan perempuan dan sebagainya.

3. Luangkan masa dengan berkawan dengan orang bujang, bukan dengan orang yang berkeluarga.

4. Jika ada lelaki yang anda berkenan dihati, tetapi dia tak sekufu dengan anda (dia mungkin tidak pandai atau kaya), jangan malu-malu, tawarkan diri.

5. Kekadang disebabkan ‘kedudukan’ anda menyebabkan lelaki yang bujang rasa ‘malu’ untuk meluahkan perasaan. Lelaki yang sudah berkahwin kurang sedikit malu kerana mereka tahu, kalau mereka meluahkan perasaan, tiada kesan. Kalau dia dapat okay, kalau tak dapat pun dia tidak ambil kisah.

6.Yang penting sekali, sila letak sasaran bakal suami anda itu, jangan tinggi sangat. Maksudnya, janglah lelaki itu mesti kaya, pelajaran mesti ada Masters atau Ph.D. dan lain-lain.

Sumber: EPML

wani - ada lagi ke...orang yang sanggup membina kebahagian diri sendiri atas air mata orang lain   :'

2 comments:

Zul fattah said...

layann...
follow u

http://zulfattah.blogspot.com/

nosembilanbelas said...

dah follow u semula :)

Related Posts with Thumbnails