03 June 2011

Petua Menghindarkan Santau

(Artikel Wajib Baca! - Menghindar lebih baik dari merawat)

Suatu pagi sebelum bertolak menjual barangan syarikat Rojas Sdn. Bhd. Saya bersama dengan 2 orang pekerja pakcik saya bersarapan di warung yang berada di Bukit Pasir Batu Pahat Johor. Seperti biasa kami dihidangkan air minuman yang dipesan terlebih dahulu sementara menunggu roti canai yang dipesan siap di masak. Apabila kawan saya mengangkat gelas teh tarik, sebelum sampai ke bibirnya, gelas tersebut pecah berderai dan airnya tertumpah ke meja dan sebahagian kecil tumpahan tersebut merecik ke baju kami.

Oleh kerana letupan gelas tersebut agak kuat, semua pelanggan warung tersebut terpaku serta mengalihkan pandangan tertumpu ke arah kami. Tuan warung bergegas datang dan berkali- kali meminta maaf.

“Pakcik, saya faham bukan pakcik yang melakukan ilmu hitam ini, takkan pakcik buat perkara ini, pak cik mesti suka kalau kedai pakcik laris, mesti ada antara kita di sini yang tidak suka kedai pakcik maju yang melakukan perkara ini” kata kawan saya dengan agak kuat agar orang sekeliling dapat dengar biji butir yang dikatakan.

“Syukur Alhamdulillah anak faham” kata Pakcik warung sambil mengurut-mengurut dada dan seterusnya meneruskan kerjanya membancuh air minuman, mengantikan air teman saya, abang Adon. Namun situasi ini membuatkan pelanggan lain dalam keadaan dilemma, memikirkan adakah minuman dan makanan di warung tersebut selamat dimakan? Setelah Abang Adon menghirup teh tarik yang dihidangkan, barulah pelanggan- pelanggan lain warung tersebut berani menjamah minuman dan makanan yang berada dihadapan mata mereka.

Meskipun peristiwa ini berlaku kira-kira 20 tahun yang lalu, namun ia tetap segar dalam ingatan saya. Pernah anda terfikir, jika anda berada di posisi kawan saya abang Adon, adakah gelas tersebut akan meletup?. Tanpa amalan tertentu, insyaAllah ia tidak akan berlaku? Lalu selamatkah anda ketika menjamu selera di kedai terutama di beberapa tempat yang popular dengan santau? Perlu anda fahami dan kenali bagi mereka yang menuntut dan mewarisi besi kuning ibu santau angin perlu mengenakan orang lain sekurang-kurang seorang setiap tahun agar santau tersebut tidak berpatah balik kepada mereka. Lalu kebetulan anda yang dipilih, bagaimana?.

Di sini saya berkongsi 3 tip dan petua mudah bagi mengenali air minuman yang telah dicemari bisa santau,

-Langkah pertama perhatikan permukaan air minuman, jika tiada pantulan bayangan anda serta kelihatan pucat dan kusam, anda perlu berhati-hati,besar kemungkinan ia mengandungi bisa santau.

-Langkah kedua angkat sedikit gelas tersebut dan letakan jari anda pada bawah gelas bagi merasakan suhu air minuman anda pada bahagian bawah.
Kerana apabila santau dimasukkan ke dalam air panas atau suam, suhu air tersebut bertukar menjadi sejuk pada bahagian dasarnya.

-Jika anda merasakan suhu air ini berbeza, letakan ia kembali dan langkah seterusnya, gisikkan rambut anda dengan jari telunjuk dan ibu jari, jika anda tidak mendengar bunyi gisikkan tersebut adalah lebih baik anda angkat kaki tanpa menjamah makanan yang dihidangkan.

Samada 1, 2 atau ketiga-tiga menunjukkan tanda WUJUDnya santau, adalah lebih anda hindarkan kerana racun santau merosakkan organ dalam meskipun ia pernah diidapi seketika cuma, ia tetap meninggalkan kesan yang berpanjangan. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada anda. Walahualam…

Di Petik Dari: http://www.pelbagai.com/parit2-com/petua-mengelakkan-santau-angin/

-APiz-


sumber: Wujud

*wani - aduh teringat beberapa tempat :(

2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hurm...x pandai nk buat mcm ni sb ilmu tu tak tinggi sgt...

nosembilanbelas said...

kita pun x pandai gak... tapi cukup dgn berhati-hati di mana kita berada kannn

Related Posts with Thumbnails