09 April 2011

Cara Mencantikkan Rambut

Rambut yang cantik menjadi idaman setiap orang terutamanya kaum wanita. Namun tidak semua mendapat rambut seperti yang diidamkan. Antara masaalah biasa yang dihadapi ialah KELEMUMUR

Bagi mengatasi masaalah kelemumur, ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Insya'allah hasilnya pasti memuaskan anda. 

Satu lagi caranyanya:

Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa. Insya'allah berhasil



* wani - suka3. tq cik Lowbudgetonline Shop*

No comments:

Related Posts with Thumbnails