Masa pergi menghantar bonda, sepupu dan isterinya ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk pemergian menunaikan haji bagi tahun ini, 1431H. Penerbangan KT46 yang mesti melaporkan diri paling lewat jam 4.25 petang dan berlepas dari KLIA jam 8.25 malam.
Bonda memilih untuk pergi awal lagi ke kompleks tersebut kerana risau dengan jalan yang besar kemungkinan akan sesak. Ini adalah kerana pada hari tersebut terdapat dua penerbangan; KT46 dan KT47.
Maka, berangkatlah semua ke kompleks TH tepat jam 12 tengah hari. Sampai di sana (cepat gila..pasal langsung tak jem.hehe3) azan zohor bagi menandakan solat jumaat belum pun lagi berkumandang. Orang pun belum ramai lagi. Gerai jualan pun banyak juga, walaupun terkeluar berita dalam suratkhabar, dikatakan bahawa keuntungan jualan gerai tersebut berkurang yang amat sangat disebabkan ketidaklarasan jadual penerbangan haji pada tahun ini.
nanti sambung lagi... lapar la plak
No comments:
Post a Comment