✔ Pendekatan diplomatik dan tolak ansur.
Andai isteri sedang berleter, usah hangatkan lagi emosi si dia. Salah seorang harus mengalah dan jika anda tidak mahu leteran isteri berlarutan, apa salahnya mengalah.
✔ Beri penjelasan.
Berdiam diri bukan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya, lebih baik anda berterus terang dan berikan penjelasan yang boleh menyenangkan hatinya.
✔ Jangan main api.
Apabila isteri sudah berleter, anda pula jangan membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.
✔ Renung diri.
Memang lelaki kuat egonya. Namun tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.
✔ Bantu isteri.
Tidak jatuh standard dan maruah sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?
✔ Duduk berbincang.
Kurang komunikasi antara sebab masalah berleter semakin genting. Mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang empat mata bagi menyelidik masalah sebenar.
✔ Hangatkan hubungan anda kembali.
Cuba cari jalan penyelesaian. Anda boleh membuat rancangan untuk pergi bercuti agar hubungan yang dingin itu dapat dipulihkan kembali.
✔ Jangan mencari salah.
Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ini termasuk berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.
✔ Senyum semula.
Menerusi senyuman ia boleh mencairkan hati pasangan. Anda juga boleh cuba bergurau senda seperti sewaktu di awal percintaan dulu agar mood isteri kembali baik.
kredit: Tumpang Lalu
No comments:
Post a Comment